
CIPTA KECEMERLANGAN ANDA BERSAMA UNISEL : SELAMAT DATANG MAHASISWA PROGRAM ASAS
August 6, 20266 Ogos 2026 (Khamis) : Kuliah Dhuha bertajuk Menjadi Wanita Seteguh Asiah telah berjaya dianjurkan oleh Biro Muslimat Masjid Unisel dengan penyertaan seramai lebih 200 orang peserta.
Kuliah Dhuha ini disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Raudhah Rozli. Program ini menghimpunkan staf Universiti Selangor (UNISEL), muslimat dari Kampung Bestari Jaya, Kampung Bukit Badong, Jaya Setia dan muslimat sekitar Bestari Jaya serta masyarakat setempat.
Majlis turut dihadiri oleh Puan Nor Akmariah binti Abdullah, Timbalan Nazir Masjid UNISEL, Puan Hafiza Ab Hamid selaku Pengarah Program merangkap Ketua Biro Muslimat Unisel, barisan Ahli Jawatankuasa Biro Muslimat Masjid UNISEL.
Penganjuran kuliah ini bertujuan menyemai penghayatan terhadap sifat-sifat mulia Saidatina Asiah sebagai contoh wanita beriman yang teguh mempertahankan akidah, sabar menghadapi ujian serta sentiasa meletakkan ketaatan kepada Allah SWT sebagai keutamaan.
Perkongsian ilmu yang disampaikan memberi inspirasi kepada para peserta untuk memperkukuh keimanan, membina ketabahan diri dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
Program ini diharapkan dapat menjadi medium penyebaran ilmu yang bermanfaat serta mengeratkan hubungan ukhuwah dalam kalangan warga UNISEL dan komuniti setempat, sekali gus menyemarakkan budaya menuntut ilmu dan penghayatan Islam dalam masyarakat.
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
6 Ogos 2026


































