
LAWATAN PENANDA ARAS UniMAIWP KE UNISEL : FOKUS PACU TRANSFORMASI DIGITAL DAN SISTEM MAKLUMAT PINTAR
June 25, 2026Bestari Jaya– Universiti Selangor (UNISEL) telah menjadi tuan rumah kepada penganjuran Program Suara MADANI: Forum Kenegaraan yang dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama UNISEL, bertempat di Kampus Bestari Jaya.
Program yang menghimpunkan kira-kira 300 mahasiswa UNISEL ini bertujuan memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap isu-isu kenegaraan, peranan warga negara serta aspirasi Malaysia MADANI dalam mendepani cabaran semasa dan masa hadapan.
Hadir menyempurnakan program ialah YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), yang disambut oleh Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL mewakili pengurusan universiti.
Turut hadir ialah Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw, Pengarah Pusat Komunikasi Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), En. Asrizal bin Mohamed Radzi, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat AKM, En. Shukri bin Adnan, Pengarah AKM Negeri Selangor, pensyarah-pensyarah serta mahasiswa UNISEL.
Forum yang bertemakan “Geopolitik Dunia: Kesiapsiagaan Malaysia” telah menampilkan Dato’ Dr. Roslan bin Hussin dan Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Mohd Salleh sebagai panel forum, manakala sesi dikendalikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Jessica Ong Hai Liaw sebagai moderator.
Melalui perbincangan yang berlangsung secara interaktif, para mahasiswa didedahkan kepada landskap geopolitik global yang semakin kompleks, cabaran keselamatan dan kedaulatan negara, serta peranan generasi muda dalam memastikan Malaysia terus bersedia menghadapi perubahan dunia yang pantas.
Dalam ucapan alu-aluan, UNISEL menzahirkan penghargaan kepada Akademi Kenegaraan Malaysia atas kepercayaan memilih universiti ini sebagai rakan strategik dalam menjayakan program yang berteraskan pembangunan sahsiah, pemikiran kritis dan semangat kenegaraan dalam kalangan mahasiswa.
Penganjuran program ini selari dengan usaha UNISEL untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mempunyai kesedaran tinggi terhadap isu-isu nasional, bertanggungjawab sebagai warganegara dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Selesai forum, delegasi AKM turut berkesempatan mengadakan lawatan ke Galeri Siddiq Fadzil bagi menelusuri sumbangan dan legasi pemikiran Allahyarham Profesor Emeritus Dato’ Dr. Siddiq Fadzil dalam bidang pendidikan, intelektualisme dan pembangunan negara.
Program ini menjadi manifestasi komitmen berterusan antara UNISEL dan Akademi Kenegaraan Malaysia dalam memperkasa agenda pendidikan kenegaraan serta membentuk generasi mahasiswa yang berilmu, berfikiran kritis, berwawasan dan berjiwa Malaysia MADANI.
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
25 Jun 2026























