
PRO-CANSELOR UNISEL MENYANTUNI WARGA KAMPUS BESTARI JAYA
June 16, 2026
UNISEL CEMERLANG DI PENTAS INOVASI KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN ANTARABANGSA
June 22, 2026Universiti Selangor (UNISEL) semalam telah menyampaikan Cek Pampasan Manfaat Takaful Hayat kepada keluarga Allahyarham Mohammad Helmy Ismail, bekas staf UNISEL, sebagai tanda penghargaan atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang bersama universiti.
Penyerahan cek telah disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Dzulkarnain Ahmad, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Transformasi dan Jaringan Industri) UNISEL dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Bilik Mock Teaching, Jabatan Sumber Manusia.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen UNISEL dalam menjaga kebajikan warga kerjanya serta terus menzahirkan rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap keluarga warga universiti yang telah kembali ke rahmatullah.
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga penerima dan semoga Allahyarham Mohammad Helmy Ismail ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

























