
UNISEL LAKSANA INISIATIF BEKERJA DARI RIMAH MENERUSI ATURAN KERJA ANJAL BERASASKAN HASIL (AKABAH)
April 2, 2026
BICARA BUDIMAN SIRI KE-4 HIMPUNKAN KOMUNITI DAN MAHASISWA
April 30, 2026Universiti Selangor (UNISEL) pagi ini telah mengadakan sesi pertemuan rasmi bersama delegasi dari Universiti R. P. Shaha, Bangladesh bertempat di Bilik Mesyuarat Pengurusan, UNISEL Kampus Shah Alam.
Program ini berlangsung dalam suasana yang penuh profesional, mesra dan produktif sekali gus mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua institusi dalam memperkukuh hubungan antarabangsa.
Pertemuan ini menjadi platform penting untuk kedua-dua pihak dalam saling bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan potensi kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat bersama, khususnya dalam memperkasa bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan modal insan.
Pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk peluang mobiliti pelajar dan staf, program pertukaran akademik, penganjuran program bersama, serta kolaborasi dalam penyelidikan dan inovasi.
Kemuncak kepada pertemuan ini adalah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang melambangkan kesepakatan dan komitmen jangka panjang antara kedua-dua institusi.
Semoga kerjasama ini akan terus berkembang dan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat pada masa hadapan, sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan akademik dan jaringan global yang lebih luas.
PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
30 April 2026
























