YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT HADIR MENYAMPAIKAN BUAL BICARA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA BUDIMAN UNISEL

  • Home
  • YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT HADIR MENYAMPAIKAN BUAL BICARA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA BUDIMAN UNISEL
Shape
YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT HADIR MENYAMPAIKAN BUAL BICARA BERSAMA KEPIMPINAN MAHASISWA BUDIMAN UNISEL
Universiti Selangor (UNISEL) hari ini julung kalinya menerima kunjungan hormat oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat selaku panel utama dalam membicarakan tentang Kepimpinan Mahasiswa Budiman.
 
Program Bual Bicara tersebut dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Hamdan bin Dato’ Hj. Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Unisel yang bertempat di Dewan Senat, Kampus Bestari Jaya.
 
Lebih 150 orang pelajar terdiri daripada kalangan pemimpin persatuan organisasi yang berdaftar oleh Pusat Kegiatan Pelajar dan Jaringan Komuniti (COMNET) hadir mendengar dan bersoal jawab dalam sesi bual bicara tersebut.
 
Menurut YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Redzuan bin Othman, Presiden dan Naib Canselor Unisel, beliau menyifatkan program ini sebagai satu hadiah buat pelajar untuk mempelajari serta menimba ilmu secara terus terhadap pemahaman proses demokrasi di negara ini.
 
Tambah beliau, segmen bual bicara seperti ini amatlah digalakkan bagi memastikan seluruh warga kampus cakna dengan perkembangan semasa yang rencam dan memerlukan kita berfikir secara lebih mendalam.
 
Seluruh warga Unisel serta tetamu luar dipelawa untuk menyaksikan tayangan ulang siar segmen Bual Bicara Kepimpinan ini kerana pelbagai saranan serta perkongsian pengalaman secara peribadi yang disampaikan sendiri oleh Yang Di-pertua Dewan Rakyat. Para penonton boleh mengikuti ulang siar seperti di pautan link berikut https://www.facebook.com/share/v/1PyfwZD8Jr/
 
Turut hadir sepanjang program adalah Puan Sri Noraini Binti Mohd, Isteri kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, barisan Pengurusan Tertinggi Unisel, Dekan-dekan Fakulti, Pengarah-pengarah Jabatan serta para Pemimpin Organisasi Pelajar Unisel.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
6 Mei 2025

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn