Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) mengadakan pameran projek kombinasi jabatan komunikasi dan seni visual bertempat di perkarangan Canselori UNISEL Kampus Bestari Jaya. Pameran tersebut merangkumi 47 orang pelajar ijazah sarjana muda dan diploma yang mengikuti kursus komunikasi visual dan digital ilustrasi yang dibawah seliaan Ts Dr Latifah, Pn Sheril Nurelysa, Pn Nor Aziyana dan Cik Aina Shuhadah. Konsep pameran ini merujuk kepada bahagian minda sesorang yang membolehkan mereka memvisualisasikan sesuatu—untuk “melihat” menggunakan imaginasi dan mempersembahkan idea serta informasi berbentuk lukisan, reka bentuk grafik dan ilustrasi. Pameran itu juga disifatkan sebagai satu wadah dalam memahami satu sama lain tanpa unsur percakapan. Ini kerana komunikasi visual ialah salah satu dari komunikasi utama iaitu penghantaran maklumat dan idea menggunakan simbol dan imej. Pameran ini dirasmikan oleh Prof. Dr. Md Sidin Bin Ahmad Ishak selaku Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri. Turut hadir sepanjang program adalah Ybhg. Dato’ Ahmad Redza Bin Khairuddin, Presiden Majlis Buku Kanak-Kanak dan Remaja (MBBY) yang merupakan juga rakan kerjasama UNISEL, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Azlan Bin Wan Hassan, Dekan FCVAC, Ts. Dr. Latifah Bt. Abdul Latib, Pengarah Program VisComm 2023, para pensyarah serta pelajar FCVAC. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat8 Mac 2023
Previous
Next
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor