UNISEL TERIMA LAWATAN SELGATE CORPORATION

  • Home
  • UNISEL TERIMA LAWATAN SELGATE CORPORATION
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Tertinggi SELGATE Corporation (SELGATE) yang berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Deligasi SELGATE yang terlibat dalam lawatan tersebut adalah En. Noor Hisham Mohd Ghouth, Ketua Pegawai Eksekutif SELGATE Corporation, Dr. Muaz Omar, Pengurus Besar SELGATE Healthcare Group dan En. Mahdzhir Ibrahim, Pengurus Kanan Selcare Clinic.

Kunjungan tersebut merupakan salah satu lawatan perangkaan SELGATE bagi membincangkan kerjasama strategik di antara kedua-dua belah pihak sekali gus membuka cadangan potensi membangunkan klinik dan juga farmasi di Food Valet Kampus Bestari Jaya selain klinik Green House di Kampus Shah Alam.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam pada itu mengetuai lawatan tapak ke sekitar kampus Bestari Jaya dan menerangkan beberapa pelaksanaan terkini serta berkongsi kejayaan yang dikecapi sepanjang empat tahun beliau menerajui transformasi UNISEL.

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor