UNISEL Terima Kunjungan Hormat Dari UTM

  • Home
  • UNISEL Terima Kunjungan Hormat Dari UTM
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor. Delegasi tersebut disambut dalam satu majlis di Bilik Mesyuarat Senat, Kampus Bestari Jaya.

Kunjungan berdurasi selama dua jam itu membincangkan tentang sistem serta perkongsian maklumat mengenai selok-belok pentadbiran universiti. Kunjungan ini juga merupakan rentetan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) yang memberi kepercayaan kepada UTM untuk menubuhkan Universiti Johor pada masa akan datang.

Majlis kunjungan tersebut dimulai dengan taklimat oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Beliau dalam ucapannya turut menerangkan perlaksanaan dan kejayaan yang telah digapai oleh UNISEL sepanjang tiga tahun pentadbiran beliau.

Turut serta dalam kunjungan tersebut adalah Prof. Madya Dr. Kassim Thukiman (Pengarah Penerbit UTM Press), Prof. Madya Dr. Fatin Aliah Phang (Felo Cntre for Engineering Education), Dr. Nina Diana Nawi (Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan), Dr. Nor Hidayah Abd Radzaz (Pegawai Penyelidik), Dr. Nurul Nadwa Zulkifli (Pegawai Penyelidik) serta barisan pengurusan tertinggi UNISEL.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor