UNISEL Terima Kunjung Hormat Menteri Pendidikan Republik Zambia

  • Home
  • UNISEL Terima Kunjung Hormat Menteri Pendidikan Republik Zambia
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjung hormat daripada delegasi daripada Republik Zambia. Delegasi yang diketuai oleh Yang Mulia David Mabumba, Menteri Pendidikan Republik Zambia disambut oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam satu majlis khas yang berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Kunjungan tersebut merupakan salah satu lawatan pengantarabangsaaan bagi berkongsi maklumat dari segi pentadbiran dan sistem pengurusan universiti yang terbaik. Dalam pada itu, kunjungan ini juga membuka ruang kerjasama strategik bagi kedua-dua belah pihak bagi memartabatkan pendidikan dia kedua-dua buah negara.

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor