Unisel Terima Kunjung Hormat Daripada Pengerusi Eksekutif Halim Mazmin Group

  • Home
  • Unisel Terima Kunjung Hormat Daripada Pengerusi Eksekutif Halim Mazmin Group
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tan Sri Halim Bin Mohammad yang merupakan Pengerusi Halim Mazmin Group. Lawatan yang berlangsung di Kampus Bestari Jaya bermula jam 10 pagi dan berakhir kira-kira jam 5 petang hari ini.

Sepanjang kerangka kunjung hormat yang berlangsung, pelbagai inisiatif secara bersama melalui perbincangan dua hala telah berjalan dengan baik untuk merealisasikan kerjasama strategik dalam memartabatkan pendidikan akan diperkenalkan.

Setelah selesai perbincangan melibatkan pengurusan tertinggi kedua-dua belah pihak, Tan Sri Halim bersama pasukannya telah dibawa melawat sekitar kampus, antaranya adalah ke projek santuari ikan, kolej kediaman, tasik UNISEL, fakulti-fakulti dan kompleks sukan di akhir sesi kunjungan.

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor