Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah menerima kedatangan 20 orang pelajar dari Sirindhorn College of Public Health, Yala (SCPHYL), Thailand sebagai sebahagian daripada program Global Exchange Malaysia (GEM).
Inisiatif ini bertujuan bagi memupuk kerjasama akademik dan budaya serta menandakan permulaan siri pertukaran yang pertama setelah termetrai penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua institusi tersebut.
Majlis perasmian tersebut telah diadakan di Bilik Seminar Siddiq Fadzil, kampus Bestari Jaya UNISEL dan dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti.
Program ini bakal diadakan selama dua minggu bermula pada 13 Januari 2025 sehingga 29 Januari 2025. Satu pencapaian dalam kerjasama antara UNISEL dan SCPHYL, Thailand yang berkongsi misi dan visi yang sama iaitu untuk melahirkan pemimpin yang berwawasan global melalui pendidikan dan kerjasama serantau.
Selamat datang ke UNIVERSITI SELANGOR, Sawadikap.
Turut hadir sepanjang majlis adalah Prof. Madya Dr. Astri Yulia, Pengarah Pejabat Antarabangsa , Ts. Mohd Jaamia Qaadir bin Mohd Badrin, Timbalan Dekan, Fakulti Sains Kesihatan, Dr. Ahmad Norasidi Mohd Raffie, Timbalan Dekan, Fakulti Sains Kesihatan, Cik Nor Aida Sapuan, Timbalan Dekan, Fakulti Pendidikan & Sains Sosial serta delegasi Thailand.