Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengurusan Aset dan Pembangunan Perniagaan (JPAPP) hari ini menyerahkan 100 unit kerusi bermeja kepada KAFA Integrasi Al Hidayah. Penyerahan tersebut diserahkan oleh En. Fauzainudin bin Nordin, Penolong Pendaftar JPAPP kepada penerima sumbangan iaitu En. Halim bin Ahmad, Pengerusi Majlis Pengurusan Komunititi Kampung Jaya Sepakat yang merupakan wakil bagi KAFA Integrasi Al Hidayah. Sumbangan ini dilaksanakan atas keperihatinan UNISEL terhadap permohonan pihak penerima bagi memastikan keselesaan pelajar terjamin bahkan ia merupakan salah satu ‘University Social Responsibility’ (USR). UNISEL berharap agar sumbangan tanggungjawab sosial ini memberi manfaat kepada pengguna di KAFA Integrasi Al Hidayah. PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT21 Mac 2023
Previous
Next
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor