TAZKIRAH RAMADAN AMIN IDRIS MENGIMARAHKAN IFTAR PERDANA UNISEL 2025

  • Home
  • TAZKIRAH RAMADAN AMIN IDRIS MENGIMARAHKAN IFTAR PERDANA UNISEL 2025
Shape
TAZKIRAH RAMADAN AMIN IDRIS MENGIMARAHKAN IFTAR PERDANA UNISEL 2025
Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Iftar Perdana 2025 bagi meraikan seluruh warga Unisel pada bulan Ramadan ini. Program tersebut merupakan acara tahunan universiti yang dihadiri oleh lebih 700 orang terdiri daripada kakitangan, keluarga serta mahasiswa Unisel.
 
Pakar motivasi serta peceramah terkenal, Tuan Amin Idris hadir berkongsi tazkirah dan motivasi Ramadan buat seluruh para tetamu yang berada di Pusat Islam Unisel bermula jam 3 petang tadi. Membawakan tajuk “Kemuliaan Ramadan:Universiti Ramadan“, cukup memberi pengertian serta manfaat buat tetamu yang hadir.
 
Apa yang lebih menarik, McDonald’s Malaysia bersama Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) adalah merupakan penyumbang utama bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini. Disamping menampilkan Tuan Amin Idris selaku penceramah, Mekdi dan TKHM turut memberi sumbangan Kotak Rezeki berisi barangan keperluan harian dan wang tunai bernilai RM50 kepada 150 pelajar UNISEL dari keluarga yang berpendapatan rendah.
 
Dalam pada itu, Elzar Shariah Solution dan McDonald’s Malaysia turut memberikan sumbangan dana kepada Universiti Selangor serta turut berkongsi rezeki meraikan jamuan Iftar Perdana.
 
Menurut Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL, “UNISEL amat menghargai sumbangan dan keprihatinan McDonald’s serta Harian Metro dalam menyantuni pelajar B40 dan OKU kami. Inisiatif ini bukan sahaja meringankan beban mereka tetapi juga mencerminkan semangat kebersamaan dalam membina masyarakat yang lebih inklusif”.
 
Di akhir majlis, seluruh warga Unisel meraikan Iftar Perdana bersama YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Unisel serta diakhiri dengan Solat Terawih bertempat di Masjid, Unisel Kampus Bestari Jaya. Rakaman siaran langsung Tazkirah Ramadan Amin Idris boleh ditonton di pautan link berikut https://www.youtube.com/live/NuBiOvTpl8U?si=Hciq4eAwFhi2-LmS
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
UNIVERSITI SELANGOR
14 Mac 2025

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor