TAN SRI MUHAMMAD IBRAHIM DILANTIK SEBAGAI PRO CANSELOR UNISEL

  • Home
  • TAN SRI MUHAMMAD IBRAHIM DILANTIK SEBAGAI PRO CANSELOR UNISEL
Shape
TAN SRI MUHAMMAD IBRAHIM DILANTIK SEBAGAI PRO CANSELOR UNISEL

Mantan Gabenor Bank Negara Ke-8, Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Ibrahim dilantik sebagai Pro Canselor baharu Universiti Selangor (UNISEL) di dalam satu majlis khas yang diadakan Hotel Concorde, Shah Alam.
 
Pelantikan beliau sebagai Pro Canselor adalah bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 15 Julai 2024 sehingga 14 Julai 2027 dan bersempena dengan Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-18 yang akan berlangsung pada 21 dan 22 September 2024.

“Pelantikan tersebut disempurnakan oleh YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj dan disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah UNISEL Sdn. Bhd.”

Turut berlangsung di majlis yang sama adalah sambutan penghargaan kepada YAD Tan Sri Dato’ Setia Ismail Adam atas sumbangan dan jasa yang telah diberikan sepanjang beliau menjalankan tugas sebagai Pro Canselor dari 8 Mac 2011 sehingga 29 Februari 2024.
 
Hadir menyerikan majlis adalah YAD Dato ‘ Setia Dr. Haji Anuar Haji Masduki, Pro Canselor, Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Datuk Dr. Hasan Bahrom, Ahli Lembaga Pengarah UNISEL Sdn. Bhd., Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, pengurusan tertinggi UNISEL serta pegawai-pegawai kanan universiti.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
12 September 2024

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor