Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL hari ini merasmikan Ruang Rehat Pelajar yang berlangsung di Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC). Beliau dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga kepada seluruh warga kerja FCVAC yang terlibat dalam menggubah ruang ini untuk dimanfaatkan kepada warga UNISEL khususnya para pelajar bagi melaksanakan aktiviti luar kuliah. Di kesempatan itu juga, beliau turut memberi penekanan agar semangat kebersamaan dan nilai tanggungjawab yang diterapkan ini menjadi pengukur dalam melaksanakan lebih banyak aktiviti sebegini. Majlis turut diserikan dengan simbolik tandatangan perasmian Presiden dan Naib Canselor dengan diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor22 Ogos 2022
Previous
Next
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor