Syarahan “UNISEL KE ARAH MENCORAK MAHASISWA BUDIMAN, MAHASISWA IDAMAN “

  • Home
  • Syarahan “UNISEL KE ARAH MENCORAK MAHASISWA BUDIMAN, MAHASISWA IDAMAN “
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar UNISEL petang semalam menganjurkan Syarahan Budiman bertajuk ‘Mahasiswa Budiman, Mahasiswa Idaman’ yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Awang Sarian, Penyandang Kursi Za’Aba Institut Peradaban Melayu dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Syarahan ‘Mahasiswa Budiman, Mahasiswa Idalam’ ini merupakan penerangan secara jelas berkenaan dasar “Mahasiswa Budiman” yang telah diperkenalkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar pada tahun lepas yang mana bertujuan untuk menaiktaraf kualiti dan kemahiran kendiri dalam kalangan mahasiswa UNISEL.

Selain menerangkan berkenaan nilai kebudimanan dalam kalangan mahasiswa, Prof. Dato’ Dr. Awang Sarian juga turut berkongsi ilmu serta pengalaman beliau dalam beberapa aspek yang perlu ada pada setiap mahasiswa seperti budaya menulis dan budaya membaca selain berkongsi pandangan berkenaan pendidikan sepanjang hayat serta nilai-nilai kemanusiaan.

Program yang berlangsung di Dewan Auditotium Za’ba, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS) Kampus Bestari Jaya itu dihadiri oleh lebih 200 orang pelajar yang rata-ratanya merupakan pelajar dari Kampus Bestari Jaya. Turut hadir Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, barisan pengurusan tertinggi universiti dan kakitangan universiti.

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor