SELAMAT MAJU JAYA BUAT PELAJAR BAHARU KEMASUKAN APRIL 2025

  • Home
  • SELAMAT MAJU JAYA BUAT PELAJAR BAHARU KEMASUKAN APRIL 2025
Shape
SELAMAT MAJU JAYA BUAT PELAJAR BAHARU KEMASUKAN APRIL 2025
Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Selangor (UNISEL) bagi kemasukan April 2025 hari ini berjalan dengan lancar. Majlis dimulai pada jam 8.00 pagi itu berlangsung di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya.
 
Ini merupakan pengambilan pelajar baharu bagi program Tahun Asas, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Rata-rata pelajar yang mendaftar pada hari ini bersemangat untuk memulakan langkah bergelar mahasiswa baharu UNISEL.
 
YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL turut turun padang bersama-sama pengurusan tertinggi UNISEL bagi menyantuni ibu bapa dan pelajar baharu.
 
“Rata-rata ibu bapa dan pelajar yang ditemui hari ini memberi pujian kepada UNISEL kerana menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang lengkap kepada mahasiswa baharu bahkan proses pendaftaran dari Dewan Canselor hingga ke Kolej Kediaman berjalan lancar”, ujar beliau.
 
Beliau turut menzahirkan setinggi penghargaan buat para ibu bapa yang mempercayai UNISEL sebagai tempat menyambung pengajian anak-anak. Dengan kepakaran yang ada pada UNISEL baik dari segi akademik mahupun pentadbiran, UNISEL adalah platform terbaik buat bakal pelajar baharu mencapai kegemilangan.
 
Justeru itu, buat bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan April 2025 akan dilanjutkan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-3280 5062 (Bestari Jaya) & 03-5522 3400 (Shah Alam) atau layari lawan sesawang www.unisel.edu.my.
 
Anda juga boleh hubungi info berikut:
🖱Mohon secara 𝒐𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 di : https://apply.unisel.edu.my/
No. Whatsapp:
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
10 April 2025

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor