SELAMAT DATANG KE UNISEL BUAT PELAJAR BAHARU KEMASUKAN OGOS 2024

  • Home
  • SELAMAT DATANG KE UNISEL BUAT PELAJAR BAHARU KEMASUKAN OGOS 2024
Shape
SELAMAT DATANG KE UNISEL BUAT PELAJAR BAHARU KEMASUKAN OGOS 2024

Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu Universiti Selangor (UNISEL) bagi kemasukan Ogos 2024 hari ini berjalan dengan lancar. Majlis dimulai pada jam 8.00 pagi itu berlangsung di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya.
 
Ini merupakan pengambilan pelajar baharu bagi program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Jelas menunjukkan keterujaan buat pelajar yang mendaftar pada hari ini dengan semangat untuk memulakan langkah bergelar mahasiswa baharu UNISEL.
 
Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL turut turun padang bersama-sama pengurusan tertinggi UNISEL bagi menyantuni ibu bapa dan pelajar baharu.

“Rata-rata ibu bapa dan pelajar yang ditemui hari ini memberi pujian kepada UNISEL kerana menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang lengkap kepada mahasiswa baharu serta proses pendaftaran berjalan dengan lancar, ujar beliau.”

Justeru itu, buat bakal pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan Ogos 2024 akan dilanjutkan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-3280 5062 (Bestari Jaya) & 03-5522 3400 (Shah Alam) atau layari lawan sesawang www.unisel.edu.my.
 
Anda juga boleh hubungi info berikut:
🖱Mohon secara 𝒐𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 di : http://apply.unisel.edu.my
 
No. Whatsapp:
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
29 Ogos 2024

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor