SEKITAR PROGRAM TEMU RAPAT TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI BERSAMA MAHASISWA SABAH UNISEL

  • Home
  • SEKITAR PROGRAM TEMU RAPAT TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI BERSAMA MAHASISWA SABAH UNISEL
Shape
SEKITAR PROGRAM TEMU RAPAT TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN TINGGI BERSAMA MAHASISWA SABAH UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) telah menganjurkan Program Temu Rapat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Mahasiswa Sabah bertempat di Dewan Senat, Canseleri, UNISEL Kampus Bestari Jaya.

“Tetamu kehormat bagi program ini adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL serta Yang Berhormat Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.”

Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dalam mengeratkan hubungan antara pihak kementerian dengan mahasiswa Sabah dalam sesi perbincangan dan penyampaian pandangan berkaitan pendidikan tinggi.
 
Program ini juga telah memberikan impak positif dalam mempromosikan dialog terbuka dan kolaborasi antara pihak kementerian tinggi dan mahasiswa sekaligus menyokong inisiatif pembangunan pendidikan di negara ini.
 
Usai majlis turut diadakan lawatan ke Galeri Siddiq Fadzil yang bertempat di Perpustakaan UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
𝘗𝘌𝘑𝘈𝘉𝘈𝘛 𝘒𝘖𝘔𝘜𝘕𝘐𝘒𝘈𝘚𝘐 𝘒𝘖𝘙𝘗𝘖𝘙𝘈𝘛
Universiti Selangor
11 September 2024

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor