Sempena sambutan Hari kemerdekaan kali ke-67 dan sambutan Hari Malaysia, Unisel menerusi Pusat Kegiatan Pelajar & Jaringan Komuniti (COMNET) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta pimpinan OP Kampus Shah Alam menganjurkan Program Jiwa Merdeka.
“Program yang dilaksanakan bertempat di LT2 Bangunan Berlian, Unisel Kampus Shah Alam itu bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Dengan tema ‘Madani Jiwa Merdeka’, pelbagai perkongsian menarik telah ditonjolkan.”
Dalam majlis yang sama turut diadakan simbolik penyampaian Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) berjumlah lima ratus ringgit Malaysia serta penyampaian Kotak Makanan Dapur Fidyah MAIS kepada para pelajar yang terpilih.
Hadir bagi menunjukkan tanda sokongan patriotik adalah YB Tuan Danial Al Rashid, Adun Batu Tiga, Prof.Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor Unisel, Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato’ Mohd Salleh, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti Unisel serta para pelajar dan staf yang terlibat.