SEKITAR PROGRAM INBOUND MOBILITY UNISEL

  • Home
  • SEKITAR PROGRAM INBOUND MOBILITY UNISEL
Shape
SEKITAR PROGRAM INBOUND MOBILITY UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) menerima kunjungan pelajar dari Indonesia menerusi Program ‘Inbound Mobility’ bagi tahun 2024. Program ini melibatkan 25 orang pelajar dari Konsorsium Pendidikan Tinggi dan Cendikiawan Nusantara (KPTCN) serta 12 orang pelajar dari Universitas Trunojoyo Madura.
 
Program tersebut akan berlangsung selama tiga minggu bermula 4 September hingga 24 September 2024. Ini memperlihatkan penyertaan pelajar dari dua institusi terkemuka Indonesia yang mewakili daerah yang berbeza.

“Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Unisel menyifatkan program ini bukan sahaja mencerminkan kerjasama antarabangsa yang semakin kukuh bahkan memberi peluang unik seperti pertukaran budaya, ilmu pengetahuan, dan pengalaman akademik di antara kedua-dua negara.”

Program ini juga dianjurkan dan disokong oleh Pejabat Antarabangsa UNISEL dengan kerjasama Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FESS), Fakulti Komunikasi Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC), serta Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH).
 
𝘗𝘌𝘑𝘈𝘉𝘈𝘛 𝘒𝘖𝘔𝘜𝘕𝘐𝘒𝘈𝘚𝘐 𝘒𝘖𝘙𝘗𝘖𝘙𝘈𝘛
Universiti Selangor
5 September 2024

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor