Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Islam hari ini menampilkan penceramah istimewa, Imam Muda Asyraf dalam segmen program sambutan bulan Ramadhan.
Ceramah Semarak Ramadhan yang bertajuk “Ramadhan 1446H, Bersediakah Anda?” itu dihadiri oleh kakitangan dan pelajar UNISEL.
Dalam pada itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) turut melaksanakan program Festival Kebudayaan Islam bagi mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan Qiraatul Quran, Sembang Santai Gen Z, Jawi Vibe, Gempur Subuh dan banyak lagi.