Jika dahulunya dikenali sebagai Kabin Tasik Utama, kini Santai @ UNISEL menjadi tarikan baru buat warga UNISEL lebih-lebih lagi suasana malam nya yang pasti memberi kemeriahan buat para pelajar. Menurut Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor semasa sesi lawatan sekali gus perasmian nya tadi, beliau menjangkakan Santai @ UNISEL ini bakal menjadi tarikan warga universiti serta pengunjung dari luar apabila tiba di kampus nanti. Tambahnya lagi, dengan adanya suasana yang meriah seperti ini para pelajar dapat mengisi masa petang dengan aktiviti sukan air seperti kayak, persembahan busking bahkan layar big screen di sebelah malam sambil menikmati jualan makanan yang tersedia. “Inisiatif seperti ini yang seharusnya ditonjolkan buat seluruh warga UNISEL kerana kita mempunyai kawasan sekitar kampus yang hijau dan permai, oleh itu manfaatkan sebaiknya bersama”, ujar beliau. Turut hadir sepanjang majlis adalah Barisan Pengurusan Tertinggi UNISEL, kakitangan serta pelajar UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat6 Julai 2022
Previous
Next
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor