SAMBUTAN MALCOLM-X 100 TAHUN : KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

  • Home
  • SAMBUTAN MALCOLM-X 100 TAHUN : KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN
Shape
SAMBUTAN MALCOLM-X 100 TAHUN : KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN
Universiti Selangor (UNISEL) hari ini julung kalinya menyemarakkan Sambutan Malcolm X 100 Tahun dengan temanya Kemanusiaan Tanpa Sempadan yang dilaksanakan di Dewan Pro-Canselor UNISEL Kampus Shah Alam.
 
Program ini bertujuan untuk mengangkat semangat perjuangan Malcolm X dalam menegakkan keadilan sejagat, menentang penindasan, serta memperjuangkan hak-hak golongan tertindas tanpa mengira bangsa dan agama. Ia juga selaras dengan usaha UNISEL dalam membudayakan tradisi intelektual dan memperkukuh legasi pemikiran tokoh-tokoh besar dunia.
 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL, YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, yang menekankan kepentingan memahami dan menghayati perjuangan tokoh seperti Malcolm X dalam konteks semasa. Beliau menyatakan bahawa program ini merupakan sebahagian daripada usaha universiti untuk mengembangkan pemikiran kritikal dan memperkukuh legasi pemikiran yang berkaitan dengan keadilan sosial dan kemanusiaan.
 
Majlis turut diserikan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa perjuangan Malcolm X adalah manifestasi keberanian seorang insan yang menuntut keadilan bukan sahaja untuk bangsanya, tetapi untuk seluruh umat manusia yang tertindas.
 
Tambah beliau, semangat perjuangan Malcolm X perlu dijadikan inspirasi dalam memperkukuh nilai kemanusiaan dan prinsip keadilan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Majlis diakhiri dengan penyampaian dari dua tokoh penceramah iaitu Dato’ Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia dan Puan Sri Fatini Yaacob, Pengerusi Eksekutif Yayasan Kasih Tauhid dengan tajuknya Perjalanan Dakwah Dengan Filem Malcolm X.
 
Seluruh warga Unisel serta tetamu luar dipelawa untuk menyaksikan pameran interaktif yang memaparkan sejarah hidup Malcolm X, koleksi gambar, petikan ucapan, serta dokumentari mengenai perjuangan beliau di Dewan Pro-Caselor UNISEL Kampus Shah Alam bermula 20 hingga 30 Mei 2025.
 
Para penonton juga boleh mengikuti ulang siar Program Sambutan Malcolm X 100 Tahun : Kemanusiaan Tanpa Sempadan seperti di pautan link berikut https://www.facebook.com/share/v/19M76BfxXt/
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
21 Mei 2025

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn