Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) hari ini menerima sumbangan sebanyak RM20 ribu iaitu sumbangan peribadi Almarhum Prof Dr. Shaharuddin Badaruddin yang diserahkan oleh isteri almarhum, Puan Adibah Ahmad kepada Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Majlis penyerahan sumbangan tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Shah Alam. Turut berlangsung pada majlis yang sama adalah Majlis Kesyukuran sempena hari kelahiran Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Hadir sepanjang majlis Puan Hjh Rokmaa Hj. Mat, Pendaftar, Puan Siti Aisyah Omar, Bendahari, dekan-dekan serta pengurusan tertinggi universiti. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi KorporatUniversiti Selangor14 Mac 2023
Previous
Next
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor