PRESIDEN & NAIB CANSELOR MERAIKAN ROGRAM SANTAI BERSAMA PENGURUSAN UNIVERSITI DI TASIK LINDUNGAN BURUNG

  • Home
  • PRESIDEN & NAIB CANSELOR MERAIKAN ROGRAM SANTAI BERSAMA PENGURUSAN UNIVERSITI DI TASIK LINDUNGAN BURUNG
Shape
PRESIDEN & NAIB CANSELOR MERAIKAN ROGRAM SANTAI BERSAMA PENGURUSAN UNIVERSITI DI TASIK LINDUNGAN BURUNG
Julung kalinya program Presiden bersama Pengurusan Universiti Selangor pagi ini diadakan sebagai pembuka tirai tahun 2025 bertempat di Dewan Terbuka yang baharu, Tasik Lindungan Burung UNISEL Kampus Bestari Jaya.
 
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL menyampaikan amanat serta hala tuju universiti dalam menggarap lebih kecemerlangan bagi tahun 2025 ini.
 
Dalam ucaptamanya, Tasik Lindungan Burung adalah salah satu khazanah UNISEL yang diteroka dalam era kepimpinan beliau. Pelbagai cabaran telah ditempuhi namun dengan bantuan pelbagai pihak termasuk Monstercraft Fishing Malaysia, ‘Hidden Gems’ ini berjaya dilaksanakan.
Tasik Lindungan Burung ini telah memberi pelbagai manfaat buat semua pihak baik dalaman mahupun luaran antaranya adalah kajian berkenaan hidupan di tasik, aktiviti seperti memancing, melihat burung, berkhemah, aktiviti larian dan pelbagai lagi.
 
Tambah beliau, teruskan usaha baik ini dalam menaikkan nama UNISEL.Tasik Lindungan Burung mampu memberi nilai tambah kepada universiti bukan sahaja dari segi akademik bahkan aktiviti rekreasi.
 
Di akhir majlis, Presiden dan Naib Canselor turut meluangkan masa bersama pengurusan UNISEL serta ahli pentadbiran dalam sesi jamuan santai pagi ini serta menyaksikan pameran pembikinan Tasik Lindungan Burung oleh Pengarah Pusat Sukan, Budaya dan Penghijauan UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
3 Februari 2025

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor