Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat hari ini mengadakan Pra-Perasmian Smart Urban Farm yang berlangsung di SCORSA UNISEL Bestari Jaya. Selangor Centre of Research on Sustainable Agriculture (SCORSA) merupakan satu platform kajian berkaitan akuakultur dengan memberi penekanan kepada pembenihan ikan, penghasilan makanan ikan, akuaponik dan pertanian pintar. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapannya menyatakan “Meskipun SCORSA ini belum dirasmikan secara rasmi namun ianya memberi impak terhadap kewujudan projek berskala besar dalam universiti”. Beliau menyifatkan SCORSA ini sebagai salah satu kepakaran yang ada di UNISEL berteraskan proses ekosistem pintar sekali gus selari dengan perkembangan sains, teknologi dan inovasi. Di akhir majlis, lawatan informatik SCORSA serta jamuan turut diadakan terhadap semua tetamu yang hadir antaranya Barisan Pengurusan tertinggi UNISEL, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, Pengarah Jabatan, Para Pensyarah serta Para Pelajar. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat27 Julai 2022
Previous
Next
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor