Pelbagai Aktiviti Meriahkan Hari Keluarga Unisel 2019

  • Home
  • Pelbagai Aktiviti Meriahkan Hari Keluarga Unisel 2019
Shape

Hari Keluarga Universiti Selangor (UNISEL) bagi tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Sukan, Kampus Bestari Jaya hari ini. Program yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri lebih 800 orang kakitangan bersama ahli keluarga masing-masing.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapannya berkata, program yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk menyatukan kesemua kakitangan universiti bersama keluarga dalam program yang cukup santai.

“Harapan saya agar program ini dapat dijadikan satu platform untuk menjalinkan ukhuwah yang lebih erat sesama kakitangan disamping sebagai satu ruang riadah keluarga”,

ujar beliau lagi.

Hari Keluarga UNISEL 2019 dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya fun fair, sukaneka, pertandingan memancing serta cabutan bertuah. Turut hadir memeriahkan program adalah YB Puan Rozana Binti Zainal Abidin, Ahli Dewan Negeri Permatang.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor