
SEKITAR PROGRAM PAMERAN DAN PERTANDINGAN INOVASI I-TAFHIM 2024
July 9, 2026
UNISEL DAN INSTITUT TEKNOLOGI BANDUNG METERAI MOU PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN ASEAN
July 10, 2026UNISEL RAIH GERAN PENYELIDIKAN GET KPT : PERKUKUH KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN BERIMPAK TINGGI
Universiti Selangor (UNISEL) terus melakar kecemerlangan dalam bidang penyelidikan apabila berjaya memperoleh Geran Penyelidikan Eksploratori dan Transformatif (GET) Fasa 1 Tahun 2026 daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM481,500.00.
Pencapaian membanggakan ini diterajui oleh empat orang ketua penyelidik daripada Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), iaitu Dr. Mokhtazul Haizad, Dekan Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan; Ts. Hazmin Mansor, Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti; Dr. Intan Faraha A. Ghani, Pengarah, Pusat Komersialisasi dan Jaringan Industri; serta Profesor Madya Ts. Dr. Siti Hasmah Mohtar, Timbalan Pengarah, Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan warga akademik UNISEL dalam memperkukuh budaya penyelidikan, inovasi dan kecemerlangan akademik yang mampu menghasilkan impak signifikan kepada masyarakat, industri serta pembangunan negara.
Pada masa yang sama, penganugerahan geran ini membuktikan keyakinan Kementerian Pendidikan Tinggi terhadap keupayaan penyelidik UNISEL dalam menerajui penyelidikan berimpak tinggi yang berpotensi menawarkan penyelesaian inovatif terhadap cabaran semasa dan masa hadapan.
Pencapaian tersebut turut memperkukuhkan aspirasi UNISEL untuk terus memperluaskan jaringan kolaborasi strategik bersama rakan industri, agensi kerajaan dan institusi penyelidikan, sekali gus mempertingkatkan kapasiti penyelidikan serta penghasilan inovasi yang memberi manfaat kepada negara.
Seluruh warga UNISEL merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ketua penyelidik dan ahli-ahli penyelidikan yang terlibat atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan penyelidikan berkualiti, berimpak tinggi dan berdaya saing di peringkat nasional serta antarabangsa, selaras dengan aspirasi UNISEL sebagai sebuah universiti yang unggul dalam penghasilan ilmu, inovasi dan teknologi demi kesejahteraan ummah, masyarakat dan negara.
JABATAN KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
10 Julai 2026





















