MOU UNISEL – MVP JALIN KERJASAMA INDUSTRI BIO-IT

  • Home
  • MOU UNISEL – MVP JALIN KERJASAMA INDUSTRI BIO-IT
Shape

Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Institut Bio-It Selangor Universiti Selangor (UNISEL) dengan Malaysia Vaccine & Pharmaceuticals Sdn Bhd (MVP) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UNISEL Kampus Shah Alam. Acara menandatangani MouU tersebut disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL disaksikan oleh Pn Hjh Rokma Hj Mat, Pendaftar manakala bagi pihak MVP pula ditandatangani oleh Puan Hjh Rashidah bt. Hj Ibrahim, Pengarah Eksekutif MVP dan disaksikan En. Mohamed Hashim bin Mohamed Nor, Pengurus Besar MVP.

Perjanjian persefahaman itu meliputi aspek penting jalinan kerjasama dalam sektor pendidikan dan industri Bio-IT. MoU ini juga merupakan salah satu bentuk kerjasama penyelidikan untuk mengenal pasti dan menghasilkan vaksin ternakan seperti ayam dan itik agar mendapat jaminan kualiti selain meraih keyakinan pengguna.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, perkembangan dalam bidang perubatan amat pesat sejak kebelakangan ini. Dengan adanya kerjasama di antara UNISEL dan MVP ini dapat melonjakkan lagi kegiatan penyelidikan bidang Bio-It terutama sekali di UNISEL. “Kajian yang mendalam harus dilaksanakan bagi mencapai pendekatan kehidupan yang sihat. Oleh itu kerjasama di antara industri dan universiti merupakan satu landasan perhubungan yang baik bagi menghasilkan vaksin yang mampu membantu masyarakat,” ujar beliau.

Dato Wira Roslan Ab Rahman, Penasihat MVP Healthcare dalam ucapannya turut melihat kerjasama ini sebagai satu platform yang baik bukan sahaja menerusi aspek kajian vaksin bahkan menjadi titik permulaan bagi mengutarakan tanggungjawab sosial kepada negara dan masyarakat. Dato Wira Roslan Ab Rahman, Penasihat MVP Healthcare dalam ucapannya turut melihat kerjasama ini sebagai satu platform yang baik bukan sahaja menerusi aspek kajian vaksin bahkan menjadi titik permulaan bagi mengutarakan tanggungjawab sosial kepada negara dan masyarakat.

Hadir sama sepanjang majlis MoU tersebut adalah Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM, Prof. (E) Dato’ Dr. Abdul Latif Bin Ibrahim, mantan Pengarah Istitut Bio-IT, wakil daripada MVP dan ahli pengurusan tertinggi UNISEL.

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor