Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menandatangani memorandum perjanjian dengan Maxis Berhad bagi menaiktaraf kemudahan internet UNISEL di kedua-dua kampusnya, Bestari Jaya dan Shah Alam. Majlis MOA tersebut berlangsung di UNISEL Kampus Shah Alam menyaksikan Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor menandatangani perjanjian bagi pihak UNISEL disaksikan oleh Pn. Hjh Rokmaa Hj. Mat, Pendaftar manakala bagi pihak Maxis Berhad pula ditandatangai oleh Pn. Che Haniza Zakariya, ‘Head of Government Sales’ disaksikan oleh Pn. Nurhaniza Mohamed Harith, ‘Head of Central States & Public Sector’. Intipati perjanjian ini meliputi aspek perkhidmatan jalur lebar Internet dan perkhidmatan berkaitan di UNISEL yang melibatkan membekalan, menghantar, memasang, menguji, mentauliah dan menyelenggara dalam tempoh jaminan bermula tahun 2022 hingga tahun 2025. Menurut Presiden dan Naib Canselor, kebolehcapaian internet dengan kepantasan 5gbps di Kampus Bestari Jaya dan 1gbps di Kampus Shah Alam ini memberi satu ruang akses tanpa gangguan lebih-lebih lagi persidangan video, penstriman siaran langsung, persiapan peperiksaan dan sebagainya. “UNISEL terus berkembang dari segi jangkauan luar yang lebih baik. Dengan adanya kerjasama akses jalur lebar internet yang menyeluruh, ia mampu menggerakkan UNISEL seiring dengan era teknologi kini”, ujar beliau. Hadir sama sepanjang majlis adalah Barisan Pengurusan tertinggi UNISEL, delegasi Maxis Berhad dan staf unit CICT UNISEL. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat28 Julai 2022
Previous
Next
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor