MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN DENGAN AGIHAN BUBUR LAMBUK

  • Home
  • MENGIMARAHKAN BULAN RAMADHAN DENGAN AGIHAN BUBUR LAMBUK
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) mengadakan Program Gotong-Royong dan Agihan Bubur Lambuk sepanjang Bulan Ramadhan sempena menghayati kemuliaan Bulan Ramadhan sesama warga UNISEL. Program yang telah mula berlangsung semalam dan berakhir pada 7 Mei 2021 menggabungkan seluruh warga kerja UNISEL bergotong-royong secara berjadual bagi menyiapkan bekalan bubur lambuk di Pusat Islam UNISEL Bestari Jaya untuk diedarkan kepada seluruh warga UNISEL dan komuniti setempat. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL turut berkesempatan mengagihkan sendiri bubur lambuk kepada warga kerja UNISEL usai waktu pekerjaan. Beliau menyifatkan program ini bukan sahaja dapat mengimarahkan bulan Ramadhan, malah menjadi satu wadah dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. Warga UNISEL boleh rujuk jadual penyediaan bubur lambuk yang telah dihebahkan serta terima kasih diucapkan kepada kumpulan pertama iaitu MAWAR UNISEL, Pusat Islam dan Smart Tahfiz UNISEL atas penyediaan 800 bekas kepada kedua-dua buah kampus. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat

02
03
04
4
05
06
07

Previous
Next

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor