MB SELANGOR HADIRI PROGRAM QIAMULAIL & SOLAT SUBUH UNISEL

  • Home
  • MB SELANGOR HADIRI PROGRAM QIAMULAIL & SOLAT SUBUH UNISEL
Shape
MB SELANGOR HADIRI PROGRAM QIAMULAIL & SOLAT SUBUH UNISEL

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan program Qiamulail dan Solat Subuh yang dihadiri lebih 1000 orang pelajar dan staf bertempat di Dewan Naib Canselor, Unisel kampus Bestari Jaya.
 
Program Qiamulail yang diadakan seawal jam 4.30 pagi itu dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Amiruddin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor serta dimulakan ucapan aluan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Unisel.
 
Beliau menyifatkan program ini sangat memberi impak kepada semua yang hadir bagi menguatkan spiritual dan mendekatkan diri dengan agama.
 
Tambah beliau, hari ini merupakan hari pertama bagi kemasukan pelajar baharu sesi Ogos 2024 dan menyatakan mereka bertuah kerana Unisel sedang menambahbaik pelbagai kemudahan fasiliti dan disambut oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pagi ini.
 
Majlis terus diserikan dengan penyampaian kuliah usai solat subuh oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang bertajuk ‘Menghayati Jiwa Merdeka Dalam Kerangka Malaysia Madani’

“Dalam pada itu, YAB Dato’ Menteri Besar Selangor juga menyampaikan simbolik ‘mock cheque’ Biasiswa Tahun Asas dan Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) kepada wakil pelajar yang terlibat.”

Unisel telah melaksanakan inisiatif dengan menyediakan pengajian secara percuma bagi Tahun Asas yang telah dilancarkan bermula pada tahun 2016 dan sehingga kini sebanyak RM26,370,000 dana telah dibelanjakan untuk biasiswa.
 
Manakala atas inisiatif YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sendiri, bantuan (BAYU) telah diperkenalkan seawal tahun 2023 dan sehingga kini berjumlah RM3,000,000 telah dibelanjakan.
 
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan sarapan pagi serta lawatan padang bola sepak Turf Sintetik, Kompleks Sukan Unisel.
Turut hadir sepanjang program adalah YB Dato’ Zulkafperi Bin Hanapi, Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tn.Hj. Yahya Bin Mat Sahri, Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Pengurusan Tertinggi universiti, wakil Parlimen Kuala Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor serta para pelajar Unisel.
 
Rakaman siaran langsung boleh ditonton melalui link berikut https://www.facebook.com/share/v/pJp5Tzsqn3EnUXnq/?mibextid=GOdwvm
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
30 Ogos 2024

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor