MAJLIS APRESIASI ALMARHUM PROF DR. SHAHARUDDIN

  • Home
  • MAJLIS APRESIASI ALMARHUM PROF DR. SHAHARUDDIN
Shape

2 Ogos 2018 merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan. Pemergian Almarhum Prof Dr. Shaharuddin Bin Badaruddin senantiasa dalam ingatan.

Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) hari ini mengadakan Majlis Apresiasi Almarhum Prof Dr. Shaharuddin di Dewan Senat, Unisel Kampus Bestari Jaya.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Almarhum Prof Dr. Shaharuddin bukanlah sekadar seorang sahabat bahkan beliau adalah seorang rakan seperjuangan yang sentiasa bersama.

“Prof Dr. Shaharuddin adalah seorang yang mudah mesra dan boleh bergaul dengan semua lapangan masyarakat membolehkan beliau menjadi pemimpin yang sangat dihormati”, ujar beliau.

Puan Adibah Binti Ahmad, isteri kepada Almarhum Prof Dr. Shaharuddin dalam pada ucapan nya turut menceritakan pengkisahan dari kaca mata keluarga dan menyampaikan puisi khas yang dijumpai dari Almarhum sendiri.

Sepanjang majlis turut diadakan tayangan montaj bertajuk perkisahan seorang pejuang, deklamasi puisi oleh sdr Khairul Zaman Othman (sepupu Almarhum), Forum bertajuk Sumbangan Almarhum Prof Dr. Shaharuddin di moderator kan oleh Prof Madya Dr. Hamdan Mohd Salleh dan panelis Tuan Haji Amidi Abdul Manan dan Dr. Norazlan Hadi Yaacob (UPSI). Turut hadir, Ybhg Dato’ Wira Omar Jaafar, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Ahli Pengurusan Tertinggi UNISEL dan Ahli keluarga Almarhum Prof Dr. Shaharuddin Bin Badaruddin.

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor