Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS) telah menerima lawatan akademik dari Sekolah Thamavitya Mulniti, Yala, Thailand yang disertai oleh 4 orang guru dan 43 orang pelajar Gred 12. Lawatan yang berlangsung selama 2 hari bermula hari ini dimulakan dengan majlis perasmian di Auditorium Za’ba FPSS yang disempurnakan oleh Pn. Hjh Rokmaa binti Hj. Mat, Pendaftar UNISEL mewakili Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Beliau amat menggalakkan para pelajar Sekolah Thamavitya Mulniti untuk menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda mereka di UNISEL. ‘Ini merupakan platform terbaik bagi mempelajari budaya, konsep pendidikan serta merasai keunikan kampus Bestari Jaya ini buat para pelajar dari Yala, Thailand’, ujar beliau. FPSS telah merangka pelbagai aktiviti sepanjang tempoh lawatan tersebut seperti lawatan ke Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FKSVP) dan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH). Setiap fakulti akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi menarik minat para pelajar tersebut untuk mengetahui keunikan pendidikan dan landskap yang terdapat di UNISEL. Turut hadir ke majlis perasmian tersebut adalah Prof. Madya Dr. Muhammad bin Daoh, Dekan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Cik Nor Aida binti Sapuan, Timbalan Dekan Pemasaran dan Pembangunan Pelajar, ketua-ketua jabatan dan para pensyarah FPSS. HASRIL ABU HASSANPengarah Komunikasi Korporat11 Oktober 2023
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor