SELAMAT DATANG KE UNISEL BUAT PELAJAR BAHARU KEMASUKAN NOVEMBER 2024
- November 14, 2024
- 1 min read
Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Jabatan Pengajian Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS) bakal mengadakan Kursus Latihan Bimbingan Tenaga Pengajar Modul Integriti Prasekolah (TOT MIPs) yang bermula pada 8 sehingga 10 Mac 2022 bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya.
Kursus TOT MIPs ini disertai lebih 40 orang peserta terdiri daripada pensyarah universiti, guru Prasekolah dan pengusaha tadika dari pelbagai negeri yang mana mereka bakal dilatih oleh fasilitator yang membangunkan modul MIPs dari Institusi Integriti Malaysia (INTEGRITI).
Menyedari kepentingan penerapan nilai murni pada peringkat awal kanak-kanak, UNISEL mengambil inisiatif ini bagi meningkatkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam membentuk modul integriti prasekolah. Secara langsung, ianya sekaligus dapat melestarikan kursus pendidikan awal kanak-kanak yang terdapat di UNISEL.
Menurut salah seorang peserta, Mahsuri Md Desa, Pensyarah City University Malaysia, kursus ini dapat menjadi platform terbaik bagi mendorong kembali teknik pembelajaran secara bersemuka dengan lebih berkesan memandangkan hampir dua tahun pendidik dihadkan dengan konsep pembelajaran dalam talian.
Bagi Rahimah Ithnin yang merupakan Pengusaha Tadika, Jurulatih Permata & Penasihat Mahkamah Juvana Daerah Petaling, beliau berasa sangat teruja dengan infrastruktur dan suasana UNISEL dan berharap agar setiap input yang diberikan sepanjang kursus ini dapat diaplikasikan dalam tugasan beliau kelak.
Sepanjang tiga hari kursus TOT MIPs ini berlangsung, peserta akan didedahkan dengan teori Modul Integriti Prasekolah dan latihan praktikal yang akan dijalankan di Auditorium Za’Ba dan bilik simulasi FPSS.
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
8 Mac 2022
Previous
Next
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor