Kompleks Sukan Universiti Selangor Dibuka Dengan Rasminya Hari Ini

  • Home
  • Kompleks Sukan Universiti Selangor Dibuka Dengan Rasminya Hari Ini
Shape

Kompleks Sukan Universiti Selangor (UNISEL) yang terletak di Kampus Bestari Jaya telah dibuka dengan rasminya pada hari ini. Majlis Perasmian Pembukaan Kompleks Sukan tersebut berlangsung dengan jayanya dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi universiti.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapan ringkasnya berkata, beliau berharap agar setiap fasiliti sukan yang dinaiktaraf ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga universiti.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua pihak atas sumbangan yang telah disalurkan dalam usaha untuk meningkatkan lagi imej kemudahan sukan di universiti ini.

Antara kemudahan yang tersedia adalah gimnasium, gelanggang badminton, gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gelanggang sepak takraw, padang rugbi, padang bola sepak, dan trek larian.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor