Kompleks Sukan UNISEL Berwajah Baharu

  • Home
  • Kompleks Sukan UNISEL Berwajah Baharu
Shape

Sesi penyerahan kunci bagi Kompleks Sukan Universiti Selangor (UNISEL) telah berlangsung hari ini di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Majlis dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi UNISEL dan wakil daripada kontraktor Sinar Setara.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucapan ringkasnya berkata, setiap fasiliti sukan yang dinaiktaraf ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga universiti.

alam pada itu, beliau juga menyeru agar kesemua pihak dapat memanfaatkan sepenuhnya fasiliti sukan ini dan setiap fasiliti sentiasa dijaga dalam keadaan yang baik.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor