Universiti Selangor (UNISEL) hari ini meraikan pelajar, kakitangan dan keluarga dalam satu majlis berbuka puasa di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya.
Program Iftar Perdana 1445H/2024 tersebut dihadiri oleh lebih 300 kakitangan, keluarga dan pelajar dari kampus Bestari Jaya dan Shah Alam. Program Iftar Perdana ini merupakan acara tahunan universiti yang diadakan setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.
Dalam masa yang sama, program ini juga menerapkan elemen kekeluargaan selain untuk merapatkan lagi hubungan dalam kalangan warga universiti. Lebih menarik, program ini turut disertai oleh sebilangan kakitangan dan pelajar yang bukan beragama Islam.
Pada hari yang sama di sebelah pagi turut diadakan Program Qiamullail, sahur bersama serta tazkirah subuh bertajuk Kerja Itu Satu Ibadah bagi menghidupkan lagi keberkatan bulan Ramadan.
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
22 Mac 2024
© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor