Gempur Subuh Berjemaah Santuni Warga Unisel

  • Home
  • Gempur Subuh Berjemaah Santuni Warga Unisel
Shape

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan program solat subuh berjemaah yang dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, barisan pengurusan serta para pelajar UNISEL.

Program dimulai dengan qiamulail dan tahlil, solat subuh berjemaah. Program turut diselitkan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Sufian Razali yang bertajuk ‘Iman dan Istiqamah’ .

Di akhir majlis, penyampaian hadiah saguhati daripada Pusat Islam kepada kakitangan dan pelajar disampaikan sendiri oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL.

HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor