DATUK NURULHIDAYAH AHMAD ZAHID DILANTIK SEBAGAI FELO LUAR UNISEL

  • Home
  • DATUK NURULHIDAYAH AHMAD ZAHID DILANTIK SEBAGAI FELO LUAR UNISEL
Shape
DATUK NURULHIDAYAH AHMAD ZAHID DILANTIK SEBAGAI FELO LUAR UNISEL
Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini telah hadir melawat Karnival Raya Bagan Datuk yang berlangsung di Waterfront Bagan Datuk, Perak anjuran Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Parlimen Bagan Datuk.
 
Dalam lawatan rasminya petang tadi, beliau menyampaikan lantikan secara rasmi kepada Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sebagai Felo Luar Unisel, Institut Kajian Pilihan Raya & Pemajuan Demokrasi (IESAD). Dengan lantikan Ini Datuk Nurulhidayah telah diangkat menjadi sebahagian daripada keluarga besar Unisel selepas ini.
Sementara itu dalam Majlis yang sama Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menyampaikan anugerah Ikon Alumni UNISEL kepada Datin Dr. (HC) Nor Fadilah Bt Alias, Pengasas Alkauthar Eduqids.
 
Karnival yang bermula 25 hingga 27 April 2025 ini bertemakan Aidilfitri merupakan salah satu pendekatan yang di bawa oleh UNISEL untuk menyantuni masyarakat khususnya penduduk di sekitar Bagan Datuk.
 
Sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh kerajaan negeri Selangor, sudah menjadi tuntutan buat UNISEL untuk memberi fokus kepada usaha membina masyarakat yang berkualiti tinggi menerusi pendidikan.
 
Usaha ini turut meliputi kewajipan dalam membentuk mahasiswa menjadi graduan yang berwibawa dan juga pembangunan masyarakat melalui aktiviti berteraskan pendidikan melalui program tanggungjawab sosial korporat.
 
Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk dalam ucapan sebelah petang tadi berkata, beliau amat menyokong usaha ini selaras dengan pengiktirafan UNISEL sebagai salah sebuah dari enam universiti dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) pada 6 Oktober 2024 lalu,
UNISEL turut mengambil langkah proaktif dengan membuka reruai dengan pelbagai tawaran pendidikan menarik bagi memberikan peluang kepada pengunjung untuk mengenali lebih dekat institusi pendidikan ini dan juga mempamerkan agensi-agensi lain dalam dan luar negeri Perak.
 
Hadir semasa majlis adalah Prof. Madya Dr. Hamdan Bin Dato Hj Mohd Salleh, Naib Presiden & Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor, Dato’ Dr. Bakhtiar Aliff Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif AKE dan Pengarah Jabatan UNISEL.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
26 April 2025

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn