BADAN SIHAT, MINDA CERDAS MENERUSI AKTIVITI BERBASIKAL BERSAMA PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR

  • Home
  • BADAN SIHAT, MINDA CERDAS MENERUSI AKTIVITI BERBASIKAL BERSAMA PRESIDEN DAN NAIB CANSELOR
Shape

Menyahut semangat “JOM SIHAT”, satu aktiviti berbasikal bersama Presiden & Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL) berlangsung setiap hari Rabu di perkarangan kampus Bestari Jaya.

Aktiviti berbasikal ini merupakan satu aktiviti riadah yang diadakan bagi membuka ruang kakitangan dan pelajar untuk mengeratkan silaturrahim selain menjana kecerdasan mental dan kecergasan fizikal.

Menurut Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, beliau amat menggalakkan seluruh warga universiti bergiat dalam aktiviti sukan, dan berbasikal merupakan salah satu aktiviti wajib yang diadakan setiap hari Rabu.

Aktiviti berbasikal sekitar kawasan UNISEL Kampus Bestari Jaya bermula jam 5.30 petang dan berakhir kira-kira jam 7:00 petang turut disertai oleh barisan Pengurusan Tertinggi UNISEL, staf dan para pelajar.

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor