AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG RASMI PESTA KONVO 2024

  • Home
  • AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG RASMI PESTA KONVO 2024
Shape
AHLI PARLIMEN TANJONG KARANG RASMI PESTA KONVO 2024

YB Kapt. (B) Dato’ Dr. Zulkafperi Hanapi, Ahli Parlimen Tanjong Karang hari ini merasmikan Pesta Konvo 2024 sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-18 yang berlangsung di perkarangan Canseleri Kampus Bestari Jaya.

“Beliau dalam ucapannya merakamkan jutaan tahniah buat kesemua graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di UNISEL disamping penghargaan kepada kesemua kakitangan yang terlibat sepanjang Istiadat Konvokesyen pada tahun ini. ”

Di kesempatan itu juga, beliau turut menzahirkan rasa gembira melihat pebagai kejayaan dan kemajuan dari aspek pembangunan secara khususnya dibawah pentadbiran Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor.
 
Menurut Presiden dan Naib Canselor, Pesta Konvo merupakan satu instrumen yang dianjurkan oleh UNISEL bukan sekadar untuk raikan para graduan tetapi sebagai platform marketing untuk jelaskan kejayaan universiti kepada ibu bapa.
 
Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada artis tanah air, Ronnie Hussein dan gimik perasmian yang disempurnakan oleh beliau diiringi barisan pengurusan tertinggi UNISEL.
 
Pesta Konvo kali ini menyaksikan pelbagai program menarik bersama rakan sinergi Era antaranya Perlawanan Bola Sepak Geng Kaki Bangku di antara pasukan pilihan UNISEL menentang Pasukan Radio Era serta Malam Jomblo yang menampilkan selebriti tanah air.
 
Dalam pada itu, turut berlangsung adalah persembahan pentas, Bazaria@UNISEL, Malam Kerohanian, Pameran ‘The Untold Story of Batang Berjuntai’, Pameran Fotografi Keindahan Dasar Lautan: Alam Selam II, Pameran Smart Urban Farm, dan banyak lagi.
 
Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor Kali Ke-18 berlangsung selama dua hari bermula 21 dan 22 September 2024. Istiadat kali ini yang bakal menyaksikan lebih 2500 graduan bergraduat di dalam majlis gilang-gemilang bertempat di Dewan Canselor Kampus Bestari Jaya.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
20 September 2024

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor