KE ARAH TRANSFORMASI DIGITAL

  • Home
  • KE ARAH TRANSFORMASI DIGITAL
Shape
KE ARAH TRANSFORMASI DIGITAL
Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran menyertai Kursus Transformasi Digital Sosial anjuran Pejabat Komunikasi Korporat Universiti Selangor (UNISEL).
 
Kursus yang berlangsung selama tiga hari itu bermula pada 16 hingga 18 Mei 2025 bertempat di The Orient Star Resort, Lumut, Perak. Kursus yang julung kalinya diadakan ini selari dengan aliran digital masa kini yang pesat membangun.
 
Beberapa aspek diberi penekanan khusus sepanjang pengendalian digital sosial seperti teknik menggunakan aplikasi TikTok dan CapCut, teknik penghasilan video yang kemas dan cepat, teoritikal digital serta capaian interaksi dalam penggunaan media sosial.
 
Hadir merasmikan Kursus Transformasi Digital Sosial adalah YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Menerusi ucapannya, beliau berharap agar setiap peserta terlibat menimba ilmu sebanyak yang mungkin agar Mampu mempromosikan Jabatan mahupun Fakulti secara amnya dan sekaligus menaikkan nama UNISEL khususnya.
 
“Platform digital sosial kini merupakan kunci utama pandangan orang luar terhadap kredibiliti universiti. Oleh yang demikian, saya berharap agar setiap fakulti dan jabatan dapat memberikan komitmen yang terbaik untuk menghasilkan kandungan medial sosial yang mantap dan ‘Fyp’,” ujar beliau.
 
“Sebagai peserta kursus, anda merupakan ‘frontliner’ universiti dan peranan anda sangat penting untuk memastikan media sosial membangun dengan baik dan mempunyai input baik supaya dapat menyampaikan informasi kepada masyarakat luar dalam kepelbagaian kreativiti,” tambah beliau lagi.
 
Transformasi digital bukan lagi pilihan, melainkan keperluan mendesak dunia masa kini demi keberlanjutan dan kemajuan bersama. Tahniah diucapkan kepada para peserta kursus, semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan dalam Jabatan dan Fakulti masing-masing.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
17 Mei 2025

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn