KINI RASMINYA PELAJAR BAHARU KEMASUKAN APRIL 2025

  • Home
  • KINI RASMINYA PELAJAR BAHARU KEMASUKAN APRIL 2025
Shape
KINI RASMINYA PELAJAR BAHARU KEMASUKAN APRIL 2025
Minggu Tekad Siswa Budiman (MTSB) bagi pelajar baharu kemasukan April 2025 yang telah bermula pada 10 hingga 12 April melaksanakan Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
 
YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL dalam ucaptamanya berkata, beliau amat berterima kasih terhadap kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelajar serta ibu bapa yang telah memilih UNISEL sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.
 
“Dalam konteks universiti, UNISEL mempunyai tenaga profesional dan staf yang komited bagi membimbing dan mendidik hingga keberjayaan setiap pelajar dikecapi”, ujar beliau.
 
Tambah beliau lagi, dengan rasminya anda bergelar mahasiswa mahasiswi UNISEL hari ini, pastikan anda membanggakan ibu bapa dan keluarga masing-masing dalam mencapai kejayaan serta perbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik.
Para pelajar baharu bersama-sama melafazkan ‘Ikrar Mahasiswa Mahasiswi Baharu’ yang dipimpin oleh Sdr. Muhammad Hazziq bin Jalil dengan penuh keazaman yang tinggi serta simbolik penerimaan pelajar baharu turut disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL.
 
Tambah menarik, setiap pelajar baharu kemasukan April ini menerima bantuan yuran pendaftaran sebanyak RM100 oleh Yayasan Universiti Selangor (YUSEL).
 
Bagi pelajar yang berminat boleh terus mendaftar di apply.unisel.edu.my. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi universiti di www.unisel.edu.my atau berhubung terus dengan Pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-3280 5062 (Bestari Jaya) & 03-5522 3400 (Shah Alam).
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
11 April 2025

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor