SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI 2025 TINGKAT KESEDARAN KENEGARAAN

  • Home
  • SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI 2025 TINGKAT KESEDARAN KENEGARAAN
Shape
SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI 2025 TINGKAT KESEDARAN KENEGARAAN
Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) serta penganjur bersama Yayasan Universiti Selangor (YUSEL) pagi ini melaksanakan seminar Kenegeraan Malaysia Madani kepada lebih 200 orang pelajar Unisel.
 
Seminar tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran Kenegaraan dan memperkukuh pemahaman terhadap dasar-dasar negara, khususnya Malaysia Madani.
 
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Muhammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Unisel dalam ucaptamanya, beliau menyifatkan seminar ini amat bertepatan dalam memberi pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi agar mereka memahami tanggungjawab sebagai warganegara dan pemimpin masa depan.
 
Turut hadir sepanjang majlis, Pn. Hjh. Rokmaa Binti Haji Mat, Pendaftar Unisel, delegasi Akademi Kenegaraan Malaysia serta pelajar Unisel kampus Bestari Jaya.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
25 Februari 2025

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor