AHLI PARLIMEN KLANG RAI ISTERI DI ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL

  • Home
  • AHLI PARLIMEN KLANG RAI ISTERI DI ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL
Shape
AHLI PARLIMEN KLANG RAI ISTERI DI ISTIADAT KONVOKESYEN UNISEL

““Universiti Selangor (UNISEL) merupakan sebuah universiti terbaik di Selangor yang berjaya melahirkan ribuan graduan. Dengan statusnya sebagai universiti di bawah kerajaan negeri Selangor, ia mengukuhkan lagi kreadibiliti UNISEL sebagai universiti cemerlang di negeri ini,” ujar YB Tuan Ganabatirau A/L Veraman, Ahli Parlimen Klang. ”

Beliau yang hadir ke Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-18 hari ini adalah bagi meraikan isteri tercinta, Buvaneswary A/P Balasubramaniam yang berjaya menggengam segulung Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Disiplin).
“Saya amat berbangga dengan pencapaian isteri saya yang berjaya menamatkan pengajian disamping menguruskan kerjaya dan keluarga. Saya akan terus menyokong hasrat dan cita-citanya untuk menyambungkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah kelak,” ujar beliau.
 
Bagi Buvaneswary, beliau amat berterima kasih kepada kesemua pensyarah yang banyak membantu beliau sepanjang bergelar pelajar pascasiswazah di sini. Tambah beliau, UNISEL merupakan sebuah universiti yang terkenal dan kesemua kos pengajian di sini diiktiraf oleh badan-badan akreditasi.
 
“Tidak dinafikan, agak mencabar bagi saya yang bergelar guru untuk menyambung pengajian. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak terutama keluarga dan pengurusan universiti yang banyak menyokong saya selama ini,” ujar beliau yang merupakan pendidik di SMK Sultan Abdul Samad.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
21 September 2024

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor