ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SELANGOR KALI KE-18

  • Home
  • ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SELANGOR KALI KE-18
Shape
ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI SELANGOR KALI KE-18

Seramai 2555 orang graduan menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-18 bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Jumlah tersebut merangkumi 394 graduan yang mengikuti peringkat Tahun Asas, 965 graduan peringkat Diploma, 1138 graduan peringkat ljazah Sarjana Muda, 31 graduan peringkat Ijazah Sarjana, 27 graduan peringkat Kedoktoran. Istiadat penuh warna-warni dan gilang-gemilang ini berlangsung selama dua hari pada 21 dan 22 September 2024.

“Konvokesyen kali ini dibahagikan kepada empat sidang bermula dengan sidang pertama pada 21 September yang disempurnakan oleh YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj selaku Canselor UNISEL diiringi Pro Canselor UNISEL iaitu YAD Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki dan YAD Tan Sri Muhammad Ibrahim. Turut hadir pada Istiadat Konvokesen kali ini, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UNISEL dan Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.”

Istiadat pada kali ini meraikan graduan terbaik mengikut pelbagai kategori bagi tahun 2024. Sebanyak lima orang graduan merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti dan 36 graduan menerima Anugerah Pelajar Terbaik Program disamping empat anugerah utama yang menjadi daya tarikan utama setiap graduan.
 
Anugerah Canselor dianugerahi kepada Wan Amirul Iman Wan Rosdin, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dan Anugerah Pengerusi dianugerahi kepada Evva Kumala Mohd Yahaya, Ijazah Sarjana Muda Psikologi Industri (Kepujian). Anugerah Naib Canselor dianugerahi kepada Fatin Rafiqah Tarmizi, Diploma Pengurusan Industri Sukan manakala Anugerah Exco Pendidikan dianugerahi kepada Tan Ying Rhu, Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan (Kepujian). Pemberian anugerah utama setiap kategori adalah bukti keprihatinan universiti dalam menghargai kesungguhan serta kegigihan para graduan selama pengajian mereka.
 
Dalam pada itu, Pesta Konvokesyen UNISEL 2024 berlangsung selama tiga hari bermula 20 sehingga 22 September 2024 dikendalikan oleh Pejabat Komunikasi Korporat. Pelbagai aktiviti menarik berlangsung antaranya forum, Bazaria@UNISEL, pertandingan memancing, pertandingan karaoke, zumba dan lain-lain. Lebih menarik, UNISEL turut bekerjasama dengan stesen radio Era FM bagi acara Perlawanan Epik Kaki Bangku ERA VS UNISEL dan Malam Jomblo ERA yang menampilkan persembahan oleh artis-artis tempatan.
 
HASRIL ABU HASSAN
Pengarah Komunikasi Korporat
Universiti Selangor
21 September 2024

Share This Post :

Facebook
WhatsApp
Twitter
LinkedIn

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor