Loading Events

« All Events

Pertandingan Video Kreatif Kesihatan

September 12 @ 8:00 am - September 24 @ 2:00 pm UTC+8

Pertandingan Video Kreatif Kesihatan

Anjuran Fakulti Sains Kesihatan UNISEL

Pertandingan ini dianjurkan oleh Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Selangor dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang amalan kesihatan yang baik dalam kalangan pelajar sekolah. Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah menengah untuk menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan dengan kreatif melalui platform media sosial yang popular, iaitu TikTok.

Hadiah Pertandingan

Hadiah pertandingan adalah berupa wang tunai.

  • Tempat Pertama: RM 500
  • Tempat Kedua: RM 300
  • Tempat Ketiga: RM 200
  • Hadiah Saguhati: RM 50 X 10 peserta

Anugerah Bilangan Penyertaan Tertinggi (Sekolah): RM 500
(Diberikan kepada pihak pengurusan sekolah)

Syarat-Syarat Pertandingan

  1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Malaysia.
  2. Penyertaan adalah percuma. Tiada sebarang yuran dikenakan. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
  3. Video yang dihasilkan mestilah berkaitan dengan kesihatan. Contoh:
    • Tip tidur yang berkualiti
    • Apakah itu pinggan sihat?
    • Bahaya vape dan rokok
    • Cara senaman terbaik di rumah
    • Tip mengelakkan ketagihan permainan video
    • Lain-lain topik berkaitan kesihatan (Rujuk senarai idea di bawah)
  4. Penyampaian menggunakan Bahasa Malaysia ATAU Bahasa Inggeris. Mencampurkan dua bahasa ini dalam satu video adalah tidak dibenarkan.
  5. Berpakaian dan menggunakan bahasa yang sopan, serta tidak menyentuh sensitiviti 3R (agama, kaum dan raja).
  6. Durasi video: 30 saat ke 1 minit 30 saat.
  7. Saiz video: 16:9 (Saiz standard video TikTok)
  8. Video dinilai berdasarkan maklumat yang disampaikan, penggunaan bahasa, format video (durasi dan saiz), kesesuaian visual dan audio, kreativiti dalam penyampaian, serta bilangan ‘likes’ dan ‘views’.
  9. Video mestilah dimuat naik ke akaun TikTok milik peserta dengan memasukkan 6 tanda pagar (hashtags) berikut: #unisel #fskunisel #biasiswaSELFA #tiktokkesihatan #uniselconvo18 #peskon18
  10. Penganjur berhak untuk menolak penyertaan yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan, mengandungi kandungan yang tidak sesuai, atau melanggar hak cipta dan undang-undang yang berkaitan, tanpa sebarang notis atau penjelasan lanjut kepada peserta.
  11. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta memberi kebenaran kepada penganjur untuk menggunakan, mengubah suai, dan menyiarkan semula video untuk tujuan promosi tanpa sebarang pampasan tambahan.
  12. Penyertaan mestilah dihantar melalui butang di bawah selewat-lewatnya 2.00 petang, 24 September 2024.
  13. Pengumuman pemenang akan dibuat melalui laman sesawang ini pada 30 September 2024.
  14. Segala pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh diemailkan kepada serantafsk@unisel.edu.my.

Butang Hantar Penyertaan

(BORANG PENYERTAAN)

Cadangan Idea Video Kesihatan

Setiap penyertaan hanya fokus satu tajuk sahaja

  1. Manfaat senaman pagi bagi kesihatan mental.
  2. Tips mudah untuk tidur lebih baik setiap malam.
  3. Kebaikan mengamalkan gaya hidup aktif.
  4. Amalan pemakanan sihat untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
  5. Cara menguruskan berat badan secara berkesan.
  6. Pentingnya memeriksa tekanan darah secara berkala.
  7. Fakta-fakta menarik tentang makanan organik.
  8. Kesan buruk penggunaan gula berlebihan dalam makanan.
  9. Kelebihan minum air kosong setiap hari.
  10. Cara mengatasi stres dengan berkesan.
  11. Perlunya menjaga kebersihan peribadi bagi kesihatan yang baik.
  12. Tips memulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat.
  13. Manfaat mengamalkan meditasi untuk kesihatan mental.
  14. Amalan pemakanan yang dapat meningkatkan sistem imun.
  15. Jenis-jenis makanan yang membantu meningkatkan konsentrasi.
  16. Cara mengurangkan risiko penyakit jantung melalui pemakanan.
  17. Peranan penting serat dalam pemakanan harian.
  18. Kesannya mengambil makanan segera terhadap kesihatan.
  19. Amalan kebersihan tangan yang betul untuk mencegah penyakit.
  20. Tips menjaga kesihatan mental semasa bekerja dari rumah.
  21. Senaman ringan yang boleh dilakukan di rumah.
  22. Kebaikan makanan kaya dengan antioksidan.
  23. Pentingnya menghadkan penggunaan garam dalam pemakanan.
  24. Amalan pemakanan untuk menjaga kesihatan tulang.
  25. Cara mengelakkan letih mata akibat penggunaan telefon bimbit.
  26. Teknik-teknik pernafasan yang membantu mengurangkan kecemasan.
  27. Kesan positif berkawan dengan haiwan kesayangan terhadap kesihatan.
  28. Kebaikan mengamalkan pola pemakanan yang teratur.
  29. Jenis-jenis minuman yang menyumbang kepada hidrasi yang baik.
  30. Manfaat jalan kaki setiap hari untuk kesihatan keseluruhan.
  31. Tips menjaga kesihatan mental semasa menghadapi cabaran hidup.
  32. Kelebihan mengamalkan senaman yoga untuk keanjalan badan.
  33. Cara menyediakan hidangan sihat untuk seluruh keluarga.
  34. Kesan buruk penggunaan alkohol terhadap kesihatan.
  35. Amalan mudah untuk mengurangkan risiko kanser.
  36. Kebaikan memperkayakan pemakanan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  37. Teknik-teknik menguruskan masa bagi kehidupan yang seimbang.
  38. Cara menyediakan hidangan segera yang sihat di rumah.
  39. Kesan positif senyuman terhadap kesihatan mental.
  40. Cara menyediakan snek yang sihat untuk dibawa ke tempat kerja.
  41. Kebaikan mengamalkan senaman kekuatan bagi kesihatan tulang.
  42. Tips mengatasi kelesuan semasa bekerja dari rumah.
  43. Kesan negatif penggunaan rokok terhadap kesihatan.
  44. Peranan penting vitamin D bagi kesihatan tulang.
  45. Kebaikan minum teh hijau untuk kesihatan jantung.
  46. Cara menyediakan juadah sarapan pagi yang berkhasiat.
  47. Pengurusan stres melalui seni dan kreativiti.
  48. Kesan buruk penggunaan dadah terhadap kesihatan mental dan fizikal.
  49. Amalan pemakanan untuk mengurangkan risiko diabetes.
  50. Tips menjaga kesihatan mata semasa menggunakan komputer.
  51. Manfaat mengamalkan teknik pengurusan marah.
  52. Kebaikan mengamalkan penggunaan minyak zaitun dalam pemakanan.
  53. Tips menguruskan berat badan selepas melahirkan.
  54. Kesan positif berjemur dalam sinar matahari bagi kesihatan.
  55. Kebaikan tidur yang cukup bagi pemulihan kesihatan.
  56. Tips mudah untuk mengurangkan penggunaan gula dalam minuman.
  57. Amalan membaca sebagai cara untuk mengurangkan stres.
  58. Kesan negatif tidur tidak mencukupi terhadap kesihatan.
  59. Cara menyediakan hidangan malam yang sihat dan ringkas.
  60. Kebaikan mengamalkan penggunaan rempah dan herba dalam pemakanan.
  61. Tips mengatasi rasa cemas sepanjang hari.
  62. Jenis-jenis senaman yang boleh dilakukan tanpa peralatan.
  63. Kesan positif menghadiri kelas senaman dalam kumpulan.
  64. Cara menyediakan snek yang sihat untuk anak-anak.
  65. Kebaikan mengamalkan senaman renang bagi kesihatan.
  66. Teknik-teknik mengurangkan keletihan semasa bekerja.
  67. Kesan buruk penggunaan gula berganda dalam minuman.
  68. Kebaikan mengamalkan pemakanan berasaskan tumbuhan.
  69. Tips untuk memulakan dan mengikuti rancangan pemakanan yang sihat.
  70. Cara mengurangkan risiko kecederaan semasa bersenam.
  71. Kesan positif mendengar muzik terhadap kesihatan mental.
  72. Kebaikan mengamalkan amalan tidur yang konsisten.
  73. Tips mengurangkan penggunaan garam dalam penyediaan hidangan.
  74. Cara mengurangkan risiko alahan makanan.
  75. Kebaikan mengamalkan pengurangan bahan kimia dalam produk kebersihan.
  76. Cara menyediakan hidangan malam yang sihat untuk kanak-kanak.
  77. Kesan buruk penggunaan makanan segera terhadap kesihatan.
  78. Kebaikan mengamalkan teknik-teknik pengurusan masa.
  79. Tips untuk meningkatkan keanjalan kulit secara semulajadi.
  80. Cara menyediakan snek yang sihat untuk diambil ke sekolah.
  81. Kebaikan mengamalkan penggunaan minyak kelapa dara dalam pemakanan.
  82. Amalan tidur yang baik untuk meningkatkan prestasi mental.
  83. Tips mengatasi masalah pencernaan melalui pemakanan.

Details

Start:
September 12 @ 8:00 am UTC+8
End:
September 24 @ 2:00 pm UTC+8
Event Category:
Website:
https://forms.gle/mYW95JYh5qeXn8t87

Organizer

Fakulti Sains Kesihatan
Phone
+603-5522 3472
Email
serantafsk@unisel.edu.my
View Organizer Website

© Copyright 2024 UNISEL | Universiti Selangor