Program kolaborasi bersama pihak Probis_FBA Unisel dan MBI ini telah berlangsung selama enam bulan bermula pada November 2023.
“Kursus CHRP ini mempunyai dua modul dimana modul pertama mengandungi tiga subjek iaitu ‘Principles, Function of Human Resource, Man Power Planning & Staffing dan Training & Development’.”
Manakala modul kedua terdiri dari subjek ‘Compensation & Benefit, Performance Management & Industrial Relations’. Kesemua subjek ini diajar secara gabungan bersama pensyarah sumber manusia dari Fakulti Perniagaan & Perakaunan Unisel dan para pengamal industri.
Presiden dan Naib Canselor Unisel menyifatkan kursus begini memberi kesan positif dan nilai tambah kepada pegawai anak syarikat dan membolehkan mereka jalankan tugas dengan lebih berkesan kerana sumber manusia ini bukan suatu perkara mudah melibatkan manusia dan organisasi.